Monday, November 8, 2010

~Merayau Cari Hantaran~

Awal bulan hari tu aku & En.Tunang mula kumpul barang-barang untuk hantaran. Memandangkan waktu tu banyak SALE sempena Deepavali, kami pun mengambil kesempatan.

Hari ahad, lebih kurang jam 11 pagi En.Tunang dah sampai ke rumah. Hari tu aku tak tau kenapa rasa nak sgt shopping di Jaya Jusco Bukit Tinggi. Haha, Cheras-Klang bukan dekat okeyh. Thanx to En. Tunang sbb sikit pun tak merungut. So mari buat inventory barang-barang yg kami beli pada hari tersebut:

Barang Untuk Saya:

1. Rantai Tangan

Untuk majlis batal air sembahyang nanti, En. Tunang decide untuk bagi aku rantai tangan dan bukannyer cincin. Huhu, bukan apa, waktu merisik dulu aku dah dapat 1 cincin, waktu tunang dulu pun dah dapat lagi 1 cincin, so dah cukup kot cincin kat jari ni. Aku pulak memang takde lagi rantai tangan, sebab tu lah kami pilih untuk beli rantai tangan. Rantai tangan kami beli di POH KONG Jaya Jusco Bukit tinggi.

2. Kasut

Aku ni kalau bab-bab kasut memang pentingkan keselesaan. (Hello, aku pergi kerja balik kerja naik train okeyhhh... Kalau naik kereta, pakai kasut yg seksi-seksi, takpelah..huhu). Aku memang teringin sangat nak pakai kasut Hush Puppies. Sebab kasut mereka memang mementingkan keselesaan. So aku pun pergilah beli kasut hantaran di sana. Ayat adik aku waktu aku tunjuk kasut hantaran pada dia..

Syida(adik aku): Weh..apsal kasut ko macam Lady Gaga sangat ni..??
En. Tunang: Uish..ni tak Lady Gaga sangat syidot.. kalau tadi yg dia pilih lagi Lady Gaga, nasib baik aku suh cari lain..

Cisss!!!

(Lupa nak cakap, diorg ada buat sale, so dapat la murah sikit, hehe)

3. Handbag

Ha.. aku memang daripada dulu teringin nak pakai handbag GUESS (daripada zaman Handbag Guess buat design letak G besar kat handbag tu). So konon-konon aku pun masuk la butik GUESS, mak aiii.. handbag yang kecik & simple pun dah RM 400++, dah la aku ni jenis suka sangat pakai handbag besar-besar (senang nak sumbat segala benda). So aku kuburkan je la niat nak pakai handbag GUESS tu, tunggulah nanti, dah kaya aku beli yek..yek..yek..

Last-last aku pergi CarloRino, alhamdulillah, handbag cantik & paling penting besar, dapat dengan harga RM 300. Yibaaa!!

4. Perfume

Ha, cerita pasal perfume ni best. Sebabnyer, aku memang TAK PERNAH pakai perfume mahal. Paling mahal pun Body Shop la, haha, so untuk kahwin ni, aku teringin la nak pakai perfume mahal kan. Kebetulan pula, officemate En.Tunang punyer Wife kerja sebagai promoter perfume. So kami dapatla staff price. Perfume ni kami beli di Pavilion KL. Thanx to kawan En. Tunang & Wife.

Lupa nak cerita, aku & En. Tunang pilih perfume Versace sebab bau dia segar..hehe..


Barang Untuk En.Tunang:

1. Jam Tangan

Mula-mula ronda kat kedai-kedai jam dalam JJ tu, tapi takder yang berkenan di hati. Sebabnyer En. Tunang tak suka tali jam yg silver tu, dia lebih prefer tali jam kulit (lebih kasual kata beliau). Setelah ronda-ronda, akhirnya kami beli jam di dalam Jusco. En. Tunang suka sbb design simple.

2. Cincin

Mula-mula nak beli cincin suasa untuk En. Tunang, tapi khuatir pula, sebab ada orang kata cincin suasa pun haram untuk lelaki sebab ada kandungan emas, nak beli platinum, mahal pulak rasanya, yelah paling murah pun rm 1000.

Akhirnya kami decide untuk beli cincin silver, tapi ada ikat batu. Disebabkan En. Tunang bersaiz agak kecil, cincin beliau kena custom made. Alang-alang custom made, kami pun minta tukar warna batu pada cincin, daripada merah kepada biru. Cincin siap insyaallah awal bulan hadapan. Hehe, tak sabar rasanya nak tengok.

3. Baju

Aku mula-mula nak beli baju melayu untuk En. Tunang, tapi dia request nak baju kemeja, so kami pun beli lah baju kemeja.

Daripada pengalaman-pengalaman sebelum ni, nak cari baju En. Tunang bukan mudah, sebab apa, kebanyakan jenama baju lelaki, even saiz S pun masih besar untuk En. Tunang.

Cuma satu jenama sahaja yang saiz S nyer betul2 sesuai dengan En. Tunang iaitu jenama SEED. Kami pun dah tak buang masa cari jenama lain, terus je terjah butik PADINI & grab satu kemeja SEED. hehe..

4. Kasut

Kasut ni bukan untuk letak dalam dulang hantaran. Kasut ni kami beli mmg purposely untuk majlis nikah & bersanding. Sebenarnyer macam ni, En. Tunang ni kerja bukannyer sebagai pegawai yg pakai neck tie pergi kerja. Dia pergi kerja sangatlah kasual, t-shirt, Jeans, kasut NIKE. So memang takderla kan nak pakai-pakai kasut kulit ni. Untuk majlis kami nanti terpaksalah dia cari kasut kulit sepasang, huhu tak kan nak bersanding pakai kasut NIKE, aishhh...

Waktu nak cari kasut pun pusing-pusing sebab kebanyakan jenama saiz paling kecil untuk kasut lelaki ialah saiz 7, En Tunang pakai saiz 6. But at last dapat juga, jenama Crocodile

.
.
.
.
.

So daripada siang ke malam kami bershopping. Lega sikit sebab dah beli barang sikit-sikit. Lepas ni tinggal tambah sikit-sikit lagi.

Ok lah, next entry aku akan cerita pulak macam mana persiapan untuk gubahan hantaran. Hehe, Yang ni memang menarikkk....

No comments: