Wednesday, November 10, 2010

~Angan-angan dekorasi hantaran~

Bila majlis akad nikah & batal air sembahyang, antara perkara yang di beri tumpuan oleh tetamu wanita ialah dekorasi hantaran. Mesti ramai yang berbisik sesama sendiri samaada memuji or mengeji dekorasi hantaran daripa ke dua-dua belah pihak pengantin (sebab aku pun selalu buat), terutama sekali dekorasi hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Waktu majlis tunang dulu, aku spend hampir RM 500 (inilah akibat orang yang tak kreatif) untuk dekorasi hantaran sahaja. Sebabnya, waktu tu aku just pergi kedai menjual barang hantaran, sebut bajet, sebut tema warna, sebut jumlah hantaran ( 9 dulang) kemudian pekerja kedai bagi quotation harga & aku bayar. Tapi sekarang, bila di fikir-fikir.. aishhh.. mahalnya & jangan lupa okeyh.. aku kan 'Pengantin Bajet' yibaaa!! Antara design-design hantaran yang menarik jiwa kalbu aku:


Menarik, English style gituu.. (sumber: Sher Design)

Simple but nice, kan kan..(Sumber: anniecraft)

Idea balang kaca ni jugak sangat-sangat menarik, hehe! (Sumber: Isu Bumper Kahwin)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



This is the best!!! Aku sangat suka tgk bunga-bunga yang macam kebun bunga ni..haha! (Sumber: Google Images)










Nota Kaki
: Perasan tak, dulu-dulu kan trend gubahan hantaran mesti ala-ala, buat sejadah jadi betuk masjid, telekung boleh jadi bentuk handbag, tuala boleh jadi betuk buah-buahan & macam-macam lagi lah. Hmm... zaman sekarang dah takder yek orang buat macam tue???

2 comments:

nadieeyya said...

kalo bg sejadah, telekung wat masjid, bentuk umah sume tuh..

alamatnye hantaran aku jd puluh2 la...jenuh la aku nak membalas kat pihak laki plak..huhuhu

Fetry Dan Hidayah said...

haha!! betul2..

pastu.kalau buat camtu..tak rosak ke kain..?? jarum peniti je sana sini.. mak aiii..!