Wednesday, November 17, 2010

~D.I.Y: Tutorial Hantaran Cucuk & Tampal..hehe~

Hai bakal-bakal pengantin & yang belum jadi pengantin. Haha! When it comes to gubahan hantaran, mesti ramai yang kata... "ala..tangan aku tak seni la.." & end up kita upah orang or beli gubahan hantaran yang dah siap.

Percayalah cakap aku, gubahan hantaran yang debeli siap adalah 2 kali ganda mahalnyer daripada kos bahan. Tapi korang jangan la pulak complain kalau beli & harga mahal. You have to think that orang-orang yang menggubah tu dah nak terjojol pulak mata diorg menyiapkan hantaran tu. Nak fikir idea lagi, nak fikir cerewet korang lagi. So kalau beli gubahan hantaran mahal, sila terima sahaja okeyh..

Jadi berlandaskan perkara inilah aku decide untuk gubah hantaran aku sendiri. Percayalah, kalau kamu kata tangan kamu 'keras' tangan aku 'keras'x 3..haha...

Serious, bab-bab seni-seni halus ni aku memang kurenggg sikit, tapi di sebabkan CINTA AGUNG terhadap En.Tunang, aku gagahkan juga buat gubahan sendiri. Lantaklah, even kat mata orang lain tak cantik, asalkan kat mata aku cantik, sudah!

Jom, try tgk camner aku yang tak berbakat ni nak menggubah hantaran..sebarang komen membina atau kutukan membina, silalah lontarkan..hehe..


Tutorial Hantaran Cucuk & tampal

Pertama: Sebelum buat, bayangkan muka tunang korang, supaya time menggubah korang sentiasa senyum & tak tension. (serious, aku dah try, memang berkesan!)

Kedua: Bahan-bahan yang di perlukan


Bahan-Bahan Yang Di Perlukan

  • Polisterin - RM 3
  • Bakul - RM 4
  • Hiasan batu kristal - RM 7
  • Hiasan reben - RM 6
  • Bunga merah & purple( artificial) - satu jambak RM 3, 4 jambak = RM 12
  • Kertas pembalut- RM 1.50
  • Bunga tampal atas bakul - RM 5
TOTAL MODAL: RM 38.50 lebih kurang RM 40

Barang-barang tambahan:
  • Gunting
  • Glue Gun (kalau takder pakai je gam UHU)
  • Geometri (giler overkan aku buat hantaran pakai set geometri! haha!)
  • Lidi Satay (kalau takder penyapu lidi pun boleh!)
  • Reben (untuk balut lidi satay)
  • Playar (untuk potong bunga)

Ketiga: Cara-cara membuat
  1. Balut politerin (terpulang samada anda nak betuk bulat, segi empat or apa-apa bentuk la) dengan pembalut kertas (ikut warna tema kamu)
  2. Lilit bahagian keliling penutup bakul dengan hiasan batu kristal
  3. Lilit bahagian bawah bakul dengan hiasan reben (ikut warna yang anda mahu)
  4. lilit 2 lidi satay dengan riben kemudian gam & sendalkan pada penutup bakul (supaya bakul separa terbuka
  5. Tampal bunga pada penutup bakul
  6. Kemudian, cucuk bunga artificial pada keliling polisterin anda
  7. Setelah selesai, tampal bakul pada bahagian tengah polisterin

Cangggg!! Inilah hasilnyer hantaran cucuk & tampal..

Pandangan sisi belakang...

Nota Kaki: Walaupun bila kita tunjuk hasil kerja tangan kita pada orang lain & orang lain setakat kata 'ok la..' tapi bagi diri sendiri yang membuat, rasa macam tak nak kelip mata... rse macam time tdo pun nak bawak kat sebelah..haha!

4 comments:

ladystark said...

komen sekaligus la.

kan aku ckp cat dalam botol ala pastik tu murah. mmg x sampai RM50. good for you. nak2 dapat suruh adik sendiri mengecat. macam aku. hahaha

wah, sudah pandai buat hantaran sendirik. bagus2. bak kate org dolu2, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. kan? good2. :)

blog lama kau memang nak tutup terus ke?

Fetry Dan Hidayah said...

aahhh!!betullll...

haha..same la ko & aku..gunakan adik sebagai mangsa...aippp!!

haha.. tu pun aku main tibai je tu..ala..kalau tgk real..selekeh gak hantaran tu..amatur la katakan..haha..


dah bukak balikkk!!!! semalam aku bukak balik..hehe...

mylifemythotz said...

macam tak cayer jer awak buat nie dayah... sungguh sy tak percaya... kagum 3x

Fetry Dan Hidayah said...

haha...saya pun tak percaya dgn diri sendiri kak izahh! x pe..nanti awak kawen saya wat gubahan yekk..

msalahnyer..nak hantar ke sarawak camner..?? nak flight boleh ke..??hehe..