Monday, November 29, 2010

~Tik Tok...Tik Tok...~

Nampak ticker kat atas tu..?? Yerr..genap lagi 2 bulan aku akan menjadi isteri yang sah kepada En. Tunang...

Huhu..debar-debar okeyhhhh...

Saturday, November 20, 2010

~Acara Kahwin-Kahwin~

Hi semua...

Minggu ni jadual aku di penuhi dengan majlis perkahwinan atau lebih tepat lagi kalau aku katakan majlis pernikahan rakan-rakan. Dan aku rasa sepanjang cuti sekolah ini memang banyak jemputan perkahwinan yang akan aku hadiri. Jom tengok gambar-gambar yang sempat aku snap-snap guna Camera HP murah aku.. hehe..


Jumaat ( 19/11/2010): Anis & Shahril

Anis ni kawan office aku, dia kerja department HR, dulu waktu aku interview & mula-mula masuk dia la yang uruskan. Jom tengok Pic anis


Hantaran anis (pink silver)


smileeeee!!!

P/S: Aku tak tau lah aku je yang rasa or korang pun rasa benda yang sama, perasan tak muka Anis macam Eja (pelakon drama).. kan..kan...


Sabtu (20/11/2010): Iwana & Shafiq

Iwana ni memang aku boleh di katakan rapat. Dulu Housemate time buat degree. Iwana ni kalau korang kenal dia, dia sangat lemah lembut & baik hati. Sangat-sangat okeyh! Sampai aku & ayu pernah kata "Aku tak tau la kalau ada orang yang still tak suka Iwana!".

Dia soft spoken, baik hati (tak pernah dengar Iwana benci org!), funny, cute, aishh..pendek kata, memang untung sangat Shafiq dapat Iwana.

Satu lagi, terharu okeyh Iwana dtg rumah sendiri hantar kad. *Sob Sob..*

Jom tgk pic-pic 'Lovely Iwana' nie...


Tadaa!! pinky tak kami..???!!hehe..


Hantaran Iwana, simple & nice..wink wink


alhamdulillah..iwana selamat sudah menjadi isteri shafiq..

Tapi kan, dalam majlis iwana ni, ada 2 benda yang paling SWEET yang menarik perhatian aku..


1st:


Tadaa..sangat sweet okeyhh... combination warna sama cam tema aku & paling penting... TIADA GAMBAR PENGANTIN! haha

2nd:


cute kan...nak makan pun sayang tauu..!

Next week ada lagi kenduri kawan-kawan. Rasanya cuti sekolah ni asyik makan lauk kenduri je la kita...sampai la ke turn sendiri nanti..

Thursday, November 18, 2010

~Aku Nak Jugak Bunga Tue.. :( ~

Sape sudi nak bawak aku pergi SSF Home Deco. Aku dah terliur sangat nak tengok bunga-bunga kat sana. Please...Please... Please... (sambil pandang En. Tunang, kelip-kelip mata, pintal-pintal ujung rambut & buat ala-ala 'Kiut' ) hahaha!!

Dok search-search kat internet. Semua review kata bunga-bunga kat SSF cantik cantik belaka. Dan daripada gambar-gambar yang aku tgk pun, bunga-bunga drp SSF mmg nampak lain drp yang lain, x caya...? Jom layan gambar!


Sumber: disini


Sumber: disini


Sumber: Google Images

Cantik..kan..kan...kan... Arghhh!! aku tak kira... akan aku jejak kan kaki kesana...! yibaaa!!

Wednesday, November 17, 2010

~D.I.Y: Tutorial Hantaran Cucuk & Tampal..hehe~

Hai bakal-bakal pengantin & yang belum jadi pengantin. Haha! When it comes to gubahan hantaran, mesti ramai yang kata... "ala..tangan aku tak seni la.." & end up kita upah orang or beli gubahan hantaran yang dah siap.

Percayalah cakap aku, gubahan hantaran yang debeli siap adalah 2 kali ganda mahalnyer daripada kos bahan. Tapi korang jangan la pulak complain kalau beli & harga mahal. You have to think that orang-orang yang menggubah tu dah nak terjojol pulak mata diorg menyiapkan hantaran tu. Nak fikir idea lagi, nak fikir cerewet korang lagi. So kalau beli gubahan hantaran mahal, sila terima sahaja okeyh..

Jadi berlandaskan perkara inilah aku decide untuk gubah hantaran aku sendiri. Percayalah, kalau kamu kata tangan kamu 'keras' tangan aku 'keras'x 3..haha...

Serious, bab-bab seni-seni halus ni aku memang kurenggg sikit, tapi di sebabkan CINTA AGUNG terhadap En.Tunang, aku gagahkan juga buat gubahan sendiri. Lantaklah, even kat mata orang lain tak cantik, asalkan kat mata aku cantik, sudah!

Jom, try tgk camner aku yang tak berbakat ni nak menggubah hantaran..sebarang komen membina atau kutukan membina, silalah lontarkan..hehe..


Tutorial Hantaran Cucuk & tampal

Pertama: Sebelum buat, bayangkan muka tunang korang, supaya time menggubah korang sentiasa senyum & tak tension. (serious, aku dah try, memang berkesan!)

Kedua: Bahan-bahan yang di perlukan


Bahan-Bahan Yang Di Perlukan

  • Polisterin - RM 3
  • Bakul - RM 4
  • Hiasan batu kristal - RM 7
  • Hiasan reben - RM 6
  • Bunga merah & purple( artificial) - satu jambak RM 3, 4 jambak = RM 12
  • Kertas pembalut- RM 1.50
  • Bunga tampal atas bakul - RM 5
TOTAL MODAL: RM 38.50 lebih kurang RM 40

Barang-barang tambahan:
  • Gunting
  • Glue Gun (kalau takder pakai je gam UHU)
  • Geometri (giler overkan aku buat hantaran pakai set geometri! haha!)
  • Lidi Satay (kalau takder penyapu lidi pun boleh!)
  • Reben (untuk balut lidi satay)
  • Playar (untuk potong bunga)

Ketiga: Cara-cara membuat
  1. Balut politerin (terpulang samada anda nak betuk bulat, segi empat or apa-apa bentuk la) dengan pembalut kertas (ikut warna tema kamu)
  2. Lilit bahagian keliling penutup bakul dengan hiasan batu kristal
  3. Lilit bahagian bawah bakul dengan hiasan reben (ikut warna yang anda mahu)
  4. lilit 2 lidi satay dengan riben kemudian gam & sendalkan pada penutup bakul (supaya bakul separa terbuka
  5. Tampal bunga pada penutup bakul
  6. Kemudian, cucuk bunga artificial pada keliling polisterin anda
  7. Setelah selesai, tampal bakul pada bahagian tengah polisterin

Cangggg!! Inilah hasilnyer hantaran cucuk & tampal..

Pandangan sisi belakang...

Nota Kaki: Walaupun bila kita tunjuk hasil kerja tangan kita pada orang lain & orang lain setakat kata 'ok la..' tapi bagi diri sendiri yang membuat, rasa macam tak nak kelip mata... rse macam time tdo pun nak bawak kat sebelah..haha!

Sunday, November 14, 2010

~D.I.Y: Bilik Perasa Strawberi..~

Dalam majlis perkahwinan, bilik pengantin penting tau. Bukan apa, kebanyakan tetamu (perempuan) sangat teruja nak tengok or intai-intai bilik pengantin. Diorang nak tgk lawa or tak dekorasi bilik pengantin tu..

Ok, bilik aku memang dah bertahun tak cat, so bilik aku dah nampak kusam & tak bermaya (ecececeh.. cam describe kulit muka kan..) So di hujung minggu ini aku mengambil kesempatan untuk cat bilik aku..!yibaaa..!!

Mula-mula fikir nak upah orang, tapi di sebabkan aku kan "Pengantin Bajet" jadi aku tak jadilah upah orang. Aku guna sahaja sumber-sumber yang mudah di dapati lagi percuma yang ada di sekeliling rumah..

Ha..?? sumber apa...? ok... tunggu... kat bawah nanti kamu tau..


Jenis Cat: Jotun
Warna Cat: Romantic Pink
Code Cat: 3029
Harga: RM 32 sahaja...



Aku beli yang 7L tue, lebih banyak,boleh cat 2 bilik

Aku pilih color pink okeyhhhh.. jangan marahhh... sebab kan warna tema aku purple+pink..


Ni la rupa cat bilik aku sebelum di salut dengan aura PINK (kusam kan..)




Macam aiskrim strawberi kan..



Tadaaa!! Inilah sumber percuma yang aku cakap tadi.. adik lelaki aku di kerah untuk mengecatt..haha!!


Fuhhh.. dah siapp....!!



Aisehh..berselera la tgk color bilik baru ni.. rasa cam nak makann....slurppp!!

Lega sikit bilik dah cat, lepas ni tak sabar pulak nak tunggu mak siapkan langsir & kain tirai... Giler la... memang Girlie abis aku time kawen nanti..auwww!!!




Nota Kaki:
Rupa cat ni memang nampak sedap.. tapi bau dia... grrr!! macam bau stoking busuk pun ada..haha!!

Wednesday, November 10, 2010

~Angan-angan dekorasi hantaran~

Bila majlis akad nikah & batal air sembahyang, antara perkara yang di beri tumpuan oleh tetamu wanita ialah dekorasi hantaran. Mesti ramai yang berbisik sesama sendiri samaada memuji or mengeji dekorasi hantaran daripa ke dua-dua belah pihak pengantin (sebab aku pun selalu buat), terutama sekali dekorasi hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Waktu majlis tunang dulu, aku spend hampir RM 500 (inilah akibat orang yang tak kreatif) untuk dekorasi hantaran sahaja. Sebabnya, waktu tu aku just pergi kedai menjual barang hantaran, sebut bajet, sebut tema warna, sebut jumlah hantaran ( 9 dulang) kemudian pekerja kedai bagi quotation harga & aku bayar. Tapi sekarang, bila di fikir-fikir.. aishhh.. mahalnya & jangan lupa okeyh.. aku kan 'Pengantin Bajet' yibaaa!! Antara design-design hantaran yang menarik jiwa kalbu aku:


Menarik, English style gituu.. (sumber: Sher Design)

Simple but nice, kan kan..(Sumber: anniecraft)

Idea balang kaca ni jugak sangat-sangat menarik, hehe! (Sumber: Isu Bumper Kahwin)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



This is the best!!! Aku sangat suka tgk bunga-bunga yang macam kebun bunga ni..haha! (Sumber: Google Images)










Nota Kaki
: Perasan tak, dulu-dulu kan trend gubahan hantaran mesti ala-ala, buat sejadah jadi betuk masjid, telekung boleh jadi bentuk handbag, tuala boleh jadi betuk buah-buahan & macam-macam lagi lah. Hmm... zaman sekarang dah takder yek orang buat macam tue???

Monday, November 8, 2010

~Merayau Cari Hantaran~

Awal bulan hari tu aku & En.Tunang mula kumpul barang-barang untuk hantaran. Memandangkan waktu tu banyak SALE sempena Deepavali, kami pun mengambil kesempatan.

Hari ahad, lebih kurang jam 11 pagi En.Tunang dah sampai ke rumah. Hari tu aku tak tau kenapa rasa nak sgt shopping di Jaya Jusco Bukit Tinggi. Haha, Cheras-Klang bukan dekat okeyh. Thanx to En. Tunang sbb sikit pun tak merungut. So mari buat inventory barang-barang yg kami beli pada hari tersebut:

Barang Untuk Saya:

1. Rantai Tangan

Untuk majlis batal air sembahyang nanti, En. Tunang decide untuk bagi aku rantai tangan dan bukannyer cincin. Huhu, bukan apa, waktu merisik dulu aku dah dapat 1 cincin, waktu tunang dulu pun dah dapat lagi 1 cincin, so dah cukup kot cincin kat jari ni. Aku pulak memang takde lagi rantai tangan, sebab tu lah kami pilih untuk beli rantai tangan. Rantai tangan kami beli di POH KONG Jaya Jusco Bukit tinggi.

2. Kasut

Aku ni kalau bab-bab kasut memang pentingkan keselesaan. (Hello, aku pergi kerja balik kerja naik train okeyhhh... Kalau naik kereta, pakai kasut yg seksi-seksi, takpelah..huhu). Aku memang teringin sangat nak pakai kasut Hush Puppies. Sebab kasut mereka memang mementingkan keselesaan. So aku pun pergilah beli kasut hantaran di sana. Ayat adik aku waktu aku tunjuk kasut hantaran pada dia..

Syida(adik aku): Weh..apsal kasut ko macam Lady Gaga sangat ni..??
En. Tunang: Uish..ni tak Lady Gaga sangat syidot.. kalau tadi yg dia pilih lagi Lady Gaga, nasib baik aku suh cari lain..

Cisss!!!

(Lupa nak cakap, diorg ada buat sale, so dapat la murah sikit, hehe)

3. Handbag

Ha.. aku memang daripada dulu teringin nak pakai handbag GUESS (daripada zaman Handbag Guess buat design letak G besar kat handbag tu). So konon-konon aku pun masuk la butik GUESS, mak aiii.. handbag yang kecik & simple pun dah RM 400++, dah la aku ni jenis suka sangat pakai handbag besar-besar (senang nak sumbat segala benda). So aku kuburkan je la niat nak pakai handbag GUESS tu, tunggulah nanti, dah kaya aku beli yek..yek..yek..

Last-last aku pergi CarloRino, alhamdulillah, handbag cantik & paling penting besar, dapat dengan harga RM 300. Yibaaa!!

4. Perfume

Ha, cerita pasal perfume ni best. Sebabnyer, aku memang TAK PERNAH pakai perfume mahal. Paling mahal pun Body Shop la, haha, so untuk kahwin ni, aku teringin la nak pakai perfume mahal kan. Kebetulan pula, officemate En.Tunang punyer Wife kerja sebagai promoter perfume. So kami dapatla staff price. Perfume ni kami beli di Pavilion KL. Thanx to kawan En. Tunang & Wife.

Lupa nak cerita, aku & En. Tunang pilih perfume Versace sebab bau dia segar..hehe..


Barang Untuk En.Tunang:

1. Jam Tangan

Mula-mula ronda kat kedai-kedai jam dalam JJ tu, tapi takder yang berkenan di hati. Sebabnyer En. Tunang tak suka tali jam yg silver tu, dia lebih prefer tali jam kulit (lebih kasual kata beliau). Setelah ronda-ronda, akhirnya kami beli jam di dalam Jusco. En. Tunang suka sbb design simple.

2. Cincin

Mula-mula nak beli cincin suasa untuk En. Tunang, tapi khuatir pula, sebab ada orang kata cincin suasa pun haram untuk lelaki sebab ada kandungan emas, nak beli platinum, mahal pulak rasanya, yelah paling murah pun rm 1000.

Akhirnya kami decide untuk beli cincin silver, tapi ada ikat batu. Disebabkan En. Tunang bersaiz agak kecil, cincin beliau kena custom made. Alang-alang custom made, kami pun minta tukar warna batu pada cincin, daripada merah kepada biru. Cincin siap insyaallah awal bulan hadapan. Hehe, tak sabar rasanya nak tengok.

3. Baju

Aku mula-mula nak beli baju melayu untuk En. Tunang, tapi dia request nak baju kemeja, so kami pun beli lah baju kemeja.

Daripada pengalaman-pengalaman sebelum ni, nak cari baju En. Tunang bukan mudah, sebab apa, kebanyakan jenama baju lelaki, even saiz S pun masih besar untuk En. Tunang.

Cuma satu jenama sahaja yang saiz S nyer betul2 sesuai dengan En. Tunang iaitu jenama SEED. Kami pun dah tak buang masa cari jenama lain, terus je terjah butik PADINI & grab satu kemeja SEED. hehe..

4. Kasut

Kasut ni bukan untuk letak dalam dulang hantaran. Kasut ni kami beli mmg purposely untuk majlis nikah & bersanding. Sebenarnyer macam ni, En. Tunang ni kerja bukannyer sebagai pegawai yg pakai neck tie pergi kerja. Dia pergi kerja sangatlah kasual, t-shirt, Jeans, kasut NIKE. So memang takderla kan nak pakai-pakai kasut kulit ni. Untuk majlis kami nanti terpaksalah dia cari kasut kulit sepasang, huhu tak kan nak bersanding pakai kasut NIKE, aishhh...

Waktu nak cari kasut pun pusing-pusing sebab kebanyakan jenama saiz paling kecil untuk kasut lelaki ialah saiz 7, En Tunang pakai saiz 6. But at last dapat juga, jenama Crocodile

.
.
.
.
.

So daripada siang ke malam kami bershopping. Lega sikit sebab dah beli barang sikit-sikit. Lepas ni tinggal tambah sikit-sikit lagi.

Ok lah, next entry aku akan cerita pulak macam mana persiapan untuk gubahan hantaran. Hehe, Yang ni memang menarikkk....