Wednesday, September 29, 2010

~Edisi Kad Kahwin~

Semua benda penting waktu majlis kita nanti. Tapi perkara pertama yang akan datang dalam majlis adalah kad jemputan. Betul tak??

Sebulan atau 2 bulan sebelum majlis, kad kahwin akan datang dahulu. Pada aku kad kahwin penting, tapi bukanlah bermaksud kau kene habiskan 5-6 ringgit untuk sekeping kad jemputan kamu.Selama ini aku belum pernah ada kawan yang ada hobi kumpul kad jemputan. Selalunya, lepas majlis, orang akan buang je kad jemputan tu. Tapi, untuk yang ada bajet lebih, apa salahnyer kan labur banyak sikit untuk kad jemputan. Untuk yang bajet kecil, jangan risau kamu masih banyak pilihan. Mari kongsi sedikit perkara-perkara yang penting dalam kad kahwin kamu:

1. Tarikh

Elemen ini sangat penting okeyh! Tolong.. tolong.. tolong make sure tarikh majlis kamu di cetak dengan betul pada kad. Kalau yang buat satu kad untuk ke dua-dua belah pihak, please make sure tarikh kamu & tarikh pasangan betul. Jangan tertukar!

Ye lah, bayangkan (contoh: majlis sebenar pada 19/9/1010 tapi pada kad kita cetak 26/9/2010) tak ke haru biru nanti jadinyer, silap-silap kene rombak segalanya. Katering, mak andam, kompang & segalanya lah. Jadi semak betul-betul yer.

2. Map

Aku banyak sangat experience bila nak pergi kenduri kahwin, map tak jelas atau lagi teruk, map salah! Last-last kene berhenti tepi tanya orang kat tepi jalan. Sangat tergaggu mood nak makan ayam masak merah okeyh kalau benda-benda macam ni jadi!

Jadi ini nasihat aku, sila pastikan map anda terang, jelas & nyata. Kalau boleh sebelum serah map pada orang printing tu, draw or sketch dlu map tu atas kertas, pastu suruh kawan yang tak pernah pergi rumah kita follow map tu, tgk, susah or senang dia nak sampai

*korang bagilah duit minyak kat dia, hehe

Nak lebih mudah, letak banyak sikit landmark, contoh, sekolah, petrol station (letak jenama lebih mudah), kedai or apa-apalah yang senang sikit org nak cam.

Pastikan juga waktu printing tu, map tu clear, janganlah kecil sangat map tu atau janganlah guna ink yang tak clear.

Atau nak lebih mudah, zaman sekarang majoriti org ada GPS, so letak je koordinat rumah kita dalam kad jemputan tu, lebih senang orang nak cari.

Aku rasa itu je dua benda yang paling penting dalam kad jemputan. Yang lain tu penting juga, cuma yang dua ni priority lah.

Mengenai kad jemputan aku dan En.Tunang, kami dah tempah minggu lepas. Setelah search punya search di internet, ramai yang cadangkan pergi ke area jalan pudu. So, kami pun pergi. Mula-mula masuk satu kedai ni, mat bangla yang jaga. Pergh! dia boleh duduk je macam patung dalam kedai tu, langsung tak hiraukan kami. So kami malas nak tggu lama, terus blah.

Kami pergi ke kedai ke dua. Layanan tauke kedai ni sangat bagus. Mula-mula dia tanya bajet kami berapa, saya terus jwb tanpa segan silu

"Saya nak Rm 0.50 ke bawah ada tak..???"

"Ada...ada..." tauke kedai tu tunjuk kat aku semua yang rm 0.50 ke bawah. Tapi aku & En. Tunang cam tak berkenan pulak ngan semua design-design tu (kerek kan.. nak cantik... tapi nak murah..haha!)

Last-last kami decide nak tgk-tgk dulu, so saya pun tgk... tgk.. so berkenan kat satu kad ni.. simple tapi nampak exclusive (mungkin sebab combination color kot) so aku terus tanya tauke tue harga kad tu berapa.

Tauke tu jwb harga Rm.0.70. Aku pandang En. tunang (sbb dia yang nak keluarkan bajet) dia kata ok!so kami pun discuss-discuss ngan tauke kedai tu tentang design yang kami nak.

Aku & En.Tunang sibuk telefon parents masing-masing, ye lah, nak dapatkan maklumat tepat tentang majlis kan. Contoh: Aturcara majlis nak start daripada pukul berapa ke pukul berapa.


Setelah semua selesai, kami bayar wang pendahuluan. So, tauke tu akan email dulu kami design yg dia dah buat. Make sure takder salah silap, baru dia print.


So, cost untuk kad jemputan : Rm 0.70 x 1000 (pihak aku & en.tunang) = Rm 700

Masih under bajet.. hehe..

Lupa nak cakap, kami siap dapat free bunting lagi! (tapi kitorang tak nak letak gambar pada bunting.. pleaseee!!)


Oklah, nak permisi dulu, hari ni badan tak sihat. flu~~ agegegege...


Sunday, September 26, 2010

~Edisi Baju nikah..~


Ok kali ni mari cerita tentang baju nikah. Last week dah bali baju nikah, jadi hari ni rasa nak share pulak sedikit sebanyak pendapat saya tentang baju nikah ni. Ok, nak senangkan pembaca saya akan pecah kan entry ni dalam beberapa part. Dalam pemilihan baju nikah, ada beberapa perkara yang saya ambil kisah:

1. Warna

Walaupun dalam entry lepas saya ada kata yang saya nak buat tema warna purple & pink, tapi saya tak plan nak buat baju nikah warna purple or pink. Pada saya untuk majlis nikah, warna putih adalah warna yang paling sesuai. Putih=kesucian. Samalah macam kesucian akad nikah itu sendiri (ehem2..saya bermadah nampaknyer).

Untuk baju saya. Lining dalam memang warna putih, tapi lace warna gray skit. Tapi masih nampak la putih nyer. I Like...:D

Baju En. Tunang pula sama ngan baju lining saya, warna putih.

Kain Saya..

Kain En.Tunang

Canggg!!! Kain Kamiii!!

2. Kos membeli kain.

Ok, ingat lagi entry INI ?? So, based on entry tu, korang pun mesti tau kan, saya & En. Tunang memang nak berjimat, jadi, dengan tidak segan silu saya akan reveal harga kain di atas (untuk pengetahuan pengantin-pengantin yang nak berjimat seperti kami juga)

Kain saya (4 meter lining, 2 meter lace) = RM 93
Kain En. Tunang (4 meter) = RM 28
Total = RM 121 SAHAJA!

Lokasi membeli Kain: Nagoya Jalan TAR :D

Sebenarnyer begini, waktu bertunang dahulu, saya pernah pergi ke gedung pakaian J ( x mo sebut nama penuh nanti kene saman atas akta hasutan..haha). So bila saya pergi tu ada beberapa perkara yang buat saya x minat nak pergi lagi ke situ

pertama: Sampai2 je di J, terus ada salesgirl dia datang meluru kat saya. terus tanya "Nak cari kain yang macam mana..???" bila saya jwb nak cari kain untuk tunang.. terus dia bawak sayake level kain yang lace fancy2. Waktu tunang hari tu, saya mmg x nak pakai baju yang lip lap lip lap sangat. X nak nampak OVER.

So saya cakap kat dia, saya nak cari yang simple. Dia terus tanya nak buat tema warna apa & saya jwb soalan dia. Kemudian dia terus datang balik dengen several pilihan kain yg menepati tema saya.

Masalahnya, saya takder peluang nak tengok-tengok or pilih-pilih. huhu.

Kedua: Saya memang plan nak beli kain SAHAJA. Tapi salesgirl tu pujuk sampai ala-ala paksa saya beli veil skali. Saya tak tahu apa ilmu kakak salesgirl tu pakai sampai saya termakan pujuk. So saya pun terbeli. Lagi dahsyat, dia pujuk sayabeli cadar pulak! Nasib baik saya tak termakan pujuk. So end up saya habis rm 300 kat situ je..! sangat lari drp bajet okeyhhh!

Tadaa!! ni la veil yang di beli secara paksa rela & sekarang end up tergantung dalam almari x tau nak buat apa.. nak sewa..?? jgn segan2 contact saya okeyhh..!

Ketiga: Kakak sepupu saya seorang tailor. Dia pernah borak-borak dengan saya Katanya, dia selalu tanya customer dia beli kain kat mana & sebagai tailor, dia kata sebenarnya kain di Nagoya dan di J adalah sama! Tapi J jual 2 kali ganda harga di Nagoya..huhu..

So, untuk korang yang ada bajet lebih sikit maybe boleh try pergi ke Gulatis or Harrison. Sebab menurut kata kawan saya, kain-kain di sana memang berkualiti, cuma siapkan lah ongkosnyer! hehe..


3. Design Baju

Bila kain dah beli, kita kene fikir pulak macam mana nak buat baju kita. Tapi untuk aku ada satu perkara penting bila kita bercakap tentang fashion untuk baju nikah kita iaitu KESOPANAN. Kalau baju sanding nak buat sekerat-sekerat, terpulang, tapi untuk baju nikah saya rasa biarlah yang bersopan.

Bukan apa, waktu majlis akad nikah, kita akan duduk berdepan dengan juru nikah atau tok khadi, orang-orang masjid, jadi kurang manis rasanya kalau pakaian kita terlalu terdedah. Hehe, ni just pendapat saya lah.

Ok, seterusnya, tentang fashion baju nikah, saya memang nak yang simple. Dan kalau di beri pilihan antara baju kurung, kebaya or baju kurung modern, saya memang akan pilih baju kurung modern

Tadaa.. ni lah contoh baju kurung modern untuk majlis akad nikah (gambar hiasan)

Lagi satu tentang design baju nikah, aku tak tau kenapa saya sangat suka buat leher baju ala-ala cekak musang *rujuk gambar di bawah*

Focus kat bahagian leher. Cantik kan... hee

So, secara briefly, inilah design baju yang berkenan di hati saya. Apa yang lebih menarik. Kos tailor = RM 0 hehe.. Sebab bakal mak mertua nak tolong jahitkan.. Jangan jeles okeyhh..

Secara Keseluruhan total cost untuk baju nikah = RM 121. Alhamdulillah, masih di bawah bajet.. :D




Giler panjang entry kali ni kan. So, sebelum saya terus merepek, baik saya berhenti sampai disini, So jumpe lagi di next entry okeyhh..:D

Thursday, September 23, 2010

~Warna Tema~

Trend sekarang bila kita nak buat majlis perkahwinan soalan ramalan yg akan keluar ialah: "Kaler tema apa..??"

So entry kali ini mari cerita tentang color tema untuk majlis sebelah saya nanti. Ok, untuk orang yang rapat dengan saya (or yang tak berapa rapat) majority of them tau yg saya sangat-sangat-sangat suka warna purple. Memang daripada kecik lagi. Entahlah, pada mata saya ni semua yg warna purple nampak cantik.Contoh: Kalau pergi kedai kain ela, mata saya asyik nampak yang warna purple je, sampai mak pun dah bising, asyik beli kain warna purple!

Sebab tu la waktu saya bertunang, semua org terperanjat sebab saya buat tema merah & putih. Jadi jawapan saya untuk anda yang tertanya-tanya kenapa saya pilih warna merah instead of warna purple, jawapan saya ialah:

"Save the best for the last" kata omputihhhh...

Maka dengan itu untuk majlis saya nanti saya decide nak buat tema warna purple. Tapi, trend sekarang selalunya akan combine dua warna, so aku pun decide nak buat dua warna. So, tugas saya ialah nak memandankan warna purple dengan warna X (X boleh jadi apa2 warna)

Selepas melakukan sedikit research, inilah pendapat yang boleh saya kongsikan (ni pendapat saya, so kalau tak kene dengan selera org lain, terpulang..)

  1. Purple + Hitam = Exclusive
  2. Purple + Putih = Berseri
  3. Purple + Pink = Sweet & girly
  4. Purple + Turquoise = Ceria
Itulah serba sedikit pendapat aku tentang paduan warna. Mula-mula aku pilih nak tema yang exclusive, tapi memandangkan majlis aku di buat di rumah, jadi suasana persekitaran (rumah aku di kawasan kampung) yg kurang exclusive, jadi aku takut paduan warna & persekitaran kurang sesuai.

Jadi setelah berbincang dengan adik aku, which is wedding planner tak bertauliah aku, kami decide untuk buat sesuata yang sweet & girly. Jadi kami memilih tema Purple & Pink.

Jom nikmati gambar hiasan di bawah:

Gambar Hiasan: Pelamin nampak cantik dengan lampu yg ala2 romantis gitu

Gambar Hiasan: Hantaran sangat sweet!

Gambar hiasan:Cupcake juga nampak sweet..



P/S: Tapi ramai orang tua-tua tak berapa suka gabungan ini. Bagi mereka gabungan warna ini ialah gabungan warna 'ntah apa-apa'. Takpe, mungkin mereka belum serasi dengan trend masa kini. Apa yang aku boleh buat, pekak kan telinga..

Jumpa lagi untuk next entry yerr.. happy always.. :D

Tuesday, September 21, 2010

~Grr!!~

Template dah sgt2 KIUT.. tapi tadi.. tiba-tiba bila aku bukak balik.. semua yg kat tepi tu arrangement dia lari2!! (bukan lari yg perlu di kejar.. tapi semua dah ke tengah ke tepii.. ada idea x kenapa bleh jadi macam gitu yekkk..?? (sgt kicewaaa.. sbb template da chomell.. huhu..)

Salah page ke??!!

kali ni xmain2.. aku refresh 2 kali bile masuk blog kami nih.. ingatkan blog ni dah bertukar hak milik org lain.. hahahaaa.. pape pun, aku sgt tekejut dgn hasil kerja cik.tunang.. yela, sebelum ni aku penah tengok cik.tunang buat lukisan rumah bermotifkan "abstrak".. huhu.. tapi kali ni mmg cantik (kat mata aku. kat mata org lain serius aku xpedulik).. maybe hati tgh berbunga2 skang ni kot.. anyway, nice going pii.. :)

Monday, September 20, 2010

~Kami = Pengantin 'Bajet' ~

Kahwin sekali seumur hidup (maybe untuk para lelaki tak apply sangat kot). Walaubagaimanapun perkahwinan pertama kali itu lah yang akan jadi memori sampai kita tua nanti. Cerita majlis perkahwinan kita akan kita cerita berulang-ulang kali pada anak cucu kita. Sebab itulah setiap manusia atas muka bumi ini, tidak kira bangsa, agama atau warna kulit mengimpikan perkahwinan sempurna.

Semua orang mahu yang terbaik untuk majlis perkahwinan mereka, terutama golongan wanita. Percayalah, walaupun budak perempuan itu baru berusia 13 tahun, mereka sudah punya angan-angan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Aku pun macam tu. Siapa yang tak mahu kahwin di hotel mewah bertaraf 5 bintang, kahwin dengan pelbagai konsep seperti: Garden wedding, English style wedding, Traditional Wedding dan macam-macam konsep sekarang ni. Aku sangat jeles okeyh kalau tgk rancangan NONA hari ahad tu, yang mana mereka akan tunjuk perkahwinan-perkahwinan yg exclusive. Tetamu-tetamu yang hadir pun semua VVIP, busana pengantin pun semuanya di import daripada PARIS, LONDON, NEW YORK. Designer baju juga semua yg ternama, Rizalman, Radzuan Radzwil, Bernard Chandran, Zang Toi.

Korang ingat aku tak nak majlis perkahwinan macam tu..?? Tapi pepatah orang tua ada cakap "Ukur baju di badan sendiri".. Yer.. tolonglah berbelanja ikut kemampuan.

Aku mengaku, untuk majlis perkahwinan aku ni, aku dan En. Tunang terpaksa berjimat habis-habisan. Kadang-kadang kami ikat perut, aku bawak bekal ke ofis hari-hari, aku dan En.Tunang dah kurangkan berjumpa (kos berjumpa paling murah pun RM 50, ye la, duit minyak, makan, tgk wayang..huhu) dan banyak lagi usaha yang kami lakukan (En. Tunang tak suka guna perkataan 'pengorbanan'..sbb tu aku guna perkataan usaha). Jadi, bagi kami, biarlah kami berdua yang menilai majlis kami nanti. Aku tak kisah kalau ada orang nak mengata yang majlis aku simple ke, x grand ke, nampak cikai ke... cakap lah.. kamu ada mulut.. asalkan aku & bakal suami aku berpuas hati dengan usaha kami. Majlis perkahwinan kami nanti awal-awal aku cakap memang sangat sederhana. So korang jgn high expectation sangat okeyh.. Antara sebab kami tak boleh nak adakan majlis yang GRAND:

1. Gaji aku kecik+Gaji En Tunang Kecik=Gaji Kami Kecik!

Yer..kami bukan engineer, kami tak involve dalam business, kami makan gaji sahaja, jadi faham-fahamlah. Bila makan gaji & umur kami pun baru 25 tahun, so aku rasa kamu pun boleh agak berapa gaji kami.


2. Selain majlis perkahwinan, kami banyak komitmen lain

Berbalik pada point no (1) sudahlah gaji kami kecik, salain daripa menguruskan hal perkahwinan, kami juga banyak komitmen lain, atau lebih tepatnyer, HUTANG. Macam-macam, hutang kereta, hutang bil, beri duit pada mak & ayah dan kami juga menyimpan untuk rumah yang bakal kami tinggal selepas kahwin nanti.

Jadi kamu bayangkanlah, macam mana kami perlu buat kira-kira setiap bulan. Bayangkan okeyhh...

3. Parents kami di pangkal nama mereka takder gelaran Dato' Datin, Tan Sri or Puan Sri

Ha.. ni point penting! Parents aku & En Tunang, org biasa. Parents kami bukan VIP okeyh. jadi tiada istilah

"Dayah nak kawen..? duit cukup..?? Kalau tak cukup PAPA boleh tolong.. nah.. ambik RM 100 K ni.. buat belanja kawen.."

ok.. X DER!

Susah senang kami akan cuba harungi sendiri. Kami tak mahu bebankan ibu bapa kami dengan majlis perkahwinan aku. Untuk aku, biarlah majlis perkahwinan aku menggembirakan mereka, bukan buat mereka susah hati. Lagi pun mereka dah tua, kalau boleh tak mahu sesakkan fikiran mereka.


Jadi, setiap perbelanjaan untuk majlis perkahwinan aku perlu aku rancang betul-betul. Bukan, Tengok. Suka. Beli. Nope, aku x boleh apply teknik tue.

Walau apa pun, aku akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk majlis perkahwinan aku. Jadi, kalau kamu ada pendapat, cadangan or apa-apa nasihat, jgn malu-malu, share dengan aku yekk...

Ok, nanti aku update lagi yer. Aku nk key in markah students ni.. tata...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s: Aku tak pernah panggil bapak aku PAPA..! tak pernah.. tapi aku pernah la berangan... sebab anak orang kaya mesti panggil bapak dia PAPA.. ahaks



p/s/s: aku ada baca satu blog, dia spend RM 800 K untuk wedding...!! whattt!! Cemburu I okeyhhhh.....

Sunday, September 19, 2010

~Oh Mama.. Saya Mahu Kahwin....~

Merujuk seperti tajuk di atas... yerr.. saya mahu kahwin... kahwin dengan siapa..?? dengan lelaki yang saya sangat-sangat CINTA....

Mari cerita daripada awal..

Saya sudah bertunang dengan tunang saya...( jika dalam blog hidayahishak.blogspot.com dia lebih dikenali sebagai En.3huruf) pada 13 June 2010..selepas ke dua-dua family berbincang.. kami dah menetapkan tarikh...

29/1/2011 - Nikah (insyaallah lepas asar)
30/1/2011 - Bersanding
6/2/2010 - Bertandang

Pada mulanya.. dalam masa sekarang ni.. aku masih relax... dalam hati selalu cakap... "Takpe..lama lagi.." tapi bila aku dok search blog-blog kat internet.. mak aiii.. baru aku sedar... ramai rupanya yang akan kahwin lebih lambat daripada aku... tapi mereka dah buat preparation lebih daripada aku...

Lepas tu aku cepat-cepat minta pendapat kawan-kawan..

"Aku yang lambat or diorg yang cepat...??"

dan jawapan sngat mengecewakan aku... semua menjawab..

"KAU YANG LAMBAT!"

Apa lagiii..waktu tu aku di ofis... kelam kabut aku capai pen & kertas.. terus buat list! Giler poyo kannn..

& lagi satu.. aku tgk trend sekarang.. semua org buat blog perjalan persediaan perkahwinan mereka.. So.. aku x nak ketinggalan okeyhhh...

Even aku x kreatif... aku tak kira.. aku nak jugak buat.. at least nanti anak aku boleh baca.. la la la...